Quantcast
Channel: Bena Tuk Pok?
Viewing all 27 articles
Browse latest View live

Mari Belaja Bahasa Betong

$
0
0

Salam..

Aaaaaaa…. Kali tok usu nak mukak kelas belaja bahasa ibunda usu : bahasa Betong. Tauk sik tokrang Betong ya siney? Mun tokrang sik tauk, tanggar jak map debah tok :





Pengenalan

Dialek Melayu Sarawak secara kasar nya tebahagi kpd 3, iaitu :

i. Dialek Utama. Tok dialek Melayu Sarawak majoriti, nk dipakei tokrang seharian, lam entry2 tokrang ya, temasok lah blog tok. Dialek tok dipakei secara meluas dari Bahagian Kuching sampei Miri.

ii. Dialek Sarawak Utara. Dialek tok kurang lebih sama ngan Dialek Melayu Brunei. Bunyinya macam sidak Sabah sikit2. Ditutur leh Urang Melayu di Daerah Limbang ngan Lawas.

iii. Dialek Melayu Pesisir. Nama lain nya, Ranto Laut. Area nya meliputi seluruh Bahagian Betong temasoklah Spaoh, Pusa, Debak, Saratok, Roban dan Kabong. Inkluding juak area Sebuyau dan sebahagian besar Bahagian Samarahan.

.


Tutur Betong

Betong adalah sebahagian ranto pesisir @ ranto laut. Secara asas, dialeknya nang lebih kurang jak ngan ranto pesisir lain, walaupun ada perbezaan kecik. Daerah2 di ranto laut masing2 ada ciri2 dialek nya mpun, walaupun tokrang nengar macam sama jak. Tutur Betong tok senang jak nak paham.

.

1. Bunyi ‘A’ di ujung perkataan

Huruf ‘a’ di ujung perkataan dituka jadi ‘o’.

Contoh :

‘Nama’ jadi ‘namo’

‘Apa’ jadi ‘apo’

*Tapi, bunyi ‘a’ yang asalnya ‘ar’ tetap dikekalkan bunyi ‘a’

Contoh :

Besar disebut besar, bukan beso

Nanggar tetap disebut nanggar, bukan nanggo

.


2. Bunyi ‘L’ di ujung perkataan

‘al’ di ujung perkataan dibunyikan ‘ai’

‘ul’ di ujung perkataan dibunyikan ‘ui’

‘ol’ di ujung perkataan dibunyikan ‘oi’

contoh :

‘mahal’ disebut‘mahai’

‘betul’ jadi‘betui’

‘bol’ jadi‘boi’

*temasoklah nama urang,

Contoh :

‘Pejal’ akan jadi‘Pejai’

‘Sepul’ jadi‘sepui’

‘Kerol Antasha’ akan jadi ‘Keroi Antasha’

.


3. Perkataan ‘SIK’

Mun di Betong & kawasan sekitarnya, perkataan ‘sik’ selalunya akan menjadi ‘ndak’

Contoh :

‘sik maok’ menjadi‘ndak maok’

‘sik besar’ menjadi ‘ndak besar’

‘sik tahan’ menjadi ‘ndak tahan’

*Kecuali ‘sik ada’, jangan disebut ‘ndak ado’, tapi ‘sik ado’.

.

Membina ayat

So, daripada apa yang kita belaja ya, kita akan belatih molah ayat. Contohnya, kita nak trenslet ayat tok :

Pejal Odio nyuruh Kerol Antasha nesah karpet kereta nya, tapi Kerol Antasha sik maok sebab nya gik nak main bol.

Ayat ya akan menjadi :

Pejai Odio nyuruh Keroi Antasha nesah karpet kereto nyo, tapi Keroi Antasha ndak maok sebab nyo gik nak main boi.

Yaaahhh… Senang sik? Tok pelajaran basic jak lah, tapi cukup pakei tokrang komuniket ngan urang area ya. Sik tokrang payah klakar romputeh agik.

Abis dah pelajaran petama. Mun usu ada mood kelak, usu mukak kelas agik untuk pelajaran siri 2. Bah, mupok lok aaa…




Again,... Craft

$
0
0

Salam, bro & sis! Bagi yang mengikuti blog tok dari last year, mesti ingat ngan gamba di atas ya. Ya gamba dari salah satu entry kraftangan usu. Lamak dah sik mukak kelas kraftangan ngan tokrang o..
Kali tok, entry usu pun hal kraf juak, tapi bukan kraf dipolah usu. Tokrang ada sik nengar ada sorang blogger ya offer nak merik hadiah free? Mun lom, coba tokrang cek artiviancraft.blogspot. Pi ada syarat lah. Mun mok tauk syarat2nya, masok jak blog ya k. Giveaway ya dipolah nya mpun katanya. Camtok lah upa nya tek...
.
.
.




Usu siktauk lah apa pandangan tokrang ngan benda ya. Tapi bagi usu, nang kacak, artistik & ekzotik. Mun nya sudi lah merik benda ya ngan usu, sik pandei lah nak madah betapa terujanya ati tok. Usu tok suka ngumpul2 barang jadi koleksi. Mun dapat smua benda nak dikoleksi. Contoh :


Koleksi stem, coin, duit kertas & bookmark.



Koleksi tiket2 macam tiket nanggar main bol Sarawak lwn Brunei final taun 1999, tiket zoo negara, tiket menara KL, tiket konsert nasyid dll.


Kesimpulannya, usu tok jenis urang berjiwa sentimental dan menghargai sejarah, yerrr... Selain koleksi nk di atas ya, ada gik hobi lain : ngumpul sovenir dari urang. Usu sik pandang lah hadiah ya mahal kah, murah kah, simpel kah, semuanya usu simpan k kenangan. Yang penting bukan rega, tapi nilai persahabatan & kenangan dari sorang kawan. Tok sebahagian nya :


Hadiah kenangan dari sorang staf mpuan, sebelum nya brenti keja. Sik tauk lah kenak nya merik barang kedak tok. Ada makna tersirat kali..




Bekas perfume bebentuk keta, hadiah dari sorang cikgu Skolah Khas, Batu Lintang. Lamak dah sik jumpa nya agik. Antara duak lah, sama ada nya dah mukak kilang perfume, ataupun dah jadi dealer keta.




Sovenir dari kawan keja rah Hilton KL.



Koleksi topi & cap, pemberian dari bekas gerek. Nya nang minat topi. Coba lah skali skala nya merik kopiah raihan dolok.






Tok smua pemberian kawan2 juak, tapi.... setelah dirayu2 lah, hehe..



Sovenir dari sorang kakak nk sama2 molah pameran kraftangan rah waterfront masa Rumah Terbuka Gawai 2009. Stall nya sebelah stall mek urang jak. Nya mesan, "Anang mancal, jang"



Set 'aroma theraphy burner' yang dah ilang bahagian atas nya. Sikit gik nak dibuang, tapi usu madah "Bagus ko merik aku, boh dibuang!"
"Sik pat pakei agik. Nk atasnya dah ilang" katanya.
"Sekda hal. K kenangan. Kacak bah."
Last2 maok juak kawan usu ya merik..



Arap2 lah giveaway Vivian ya dapat menyerikan agik meja kraf usu yang sentiasa ngarei tok :



Ada persamaan sik ngan pekakas Vivian?


Err.. beza nya, pekakas usu berciri 'maskulin' kit lah..


Projek rumah tradisional Melayu tok gik terbengkalai, gara2 gik ilang mood. Mun lah dapat kraf Vivian ya, baruk lah datang balit heng molah keja. Bila lah nya nak merik ngan usu o...



Telanjor Antu

$
0
0
Salam. Alhamdulillah. Last2 sempat juak usu ngemaskini blog tok. Macam biasa lah, bizi molah tempahan kraftangan replika rumah tradisional. Kali tok, nk ngoder ya urang semenanjung, tapi bebini ngan urang lokal. Nama glems nya Bang Zul. Diam rah kem batu kawa.

Dipendekkan stori, kraf replika ya pun siaplah sudah. Tapi, awal-awal gik Bang Zul dah mesan, mun dah siap, nya sik maok usu nganta ke rumah. Sak lelah mekduak betemu rah Azreen Café rah Satok sia. Bagei sidak Mafia bejual dadah bagei.

“Bang Zul saja ja tak nak bagi Kak Ita (bininya) tengok, sebab nak buat kejutan. Kak Ita memang minat rumah2 kecik mcm ni. Mana2 dia pegi, benda pertama dia carik, yang macam ni la. Dalam bilik memang penuh dengan koleksi dia. Err.. ni kategori rumah Sarawak?” Katanya sambil tersengih-sengih.

Dengan tenang dan konfiden, usu pun eksplen, “Model ni sebena nya gabungan ciri2 rumah Sarawak dengan Semenanjung. Sesuai lah dengan abang dan Kak Ita, kan? Bang Zul orang Semenanjung, Kak Ita orang Sarawak.”

Tersenyum2 jak Bang Zul tek nengar usu madah camya. Matanya malar jak tertilit-tilit ke dalam rumah cute ya. Macam lah ada urang dara lam ya..


Hakikat sebenarnya…

Masa diskas ngan bang Zul time nya nak ngorder dolok, nya ada nanyak rumah apa juak biasa dipolah usu. Usu madah ngan nya, usu molah replika rumah2 tradisional Sarawak. Masa tok ada molah rumah panjang Iban, rumah baruk Bidayuh ngan rumah Melayu Sarawak. So, nya madah polah rumah Melayu jak.

Dalam keghairahan usu molah rumah ya, koatan nak molah stylo tek konok, ginie kah pandei telanjur antu molah atapnya jadi camtok :




Ya dah kira stail atap rumah urang Semenanjung. Rumah Melayu Sarawak asalnya nie da dizaen atap kedak ya, nak?

Mun nak dibukak balit, sayang. Banyak keja. Muang masa juak. Lagikpun, mun dibukak balit atap ya, takut menjejaskan kekukuhan struktur keseluruhan rumah. Janji pun dah due. Pecah palak mikei.

Tapi, bila diingat2 balit, sekda pun bang Zul tek madah nyuruh molah ‘rumah Melayu Sarawak’. Nya Cuma nyebut ‘rumah Melayu’. So, sik timbul lah soal rumah Melayu negeri nie, nak? Kira sekda lam kontrak lah.

Jadi, untuk ‘kaver’ dirik daripada ‘kesilapan besar’ ya, maka timbul lah dialog yang usu dah sediakan awal2 sebelum jumpa ngan nya..->“Model ni sebena nya gabungan ciri2 rumah Sarawak dengan Semenanjung. Sesuai lah dengan abang dan Kak Ita, kan? Bang Zul orang Semenanjung, Kak Ita orang Sarawak.” Hehe..

Dan untuk menyempurnakan lagik ‘penggabungan ciri’ ya (tek konok), maka ditambahkanlah ukiran rah tepi atap ala rumah semenanjung :






Yang penting, kastemer tok dah berpuas ati. Senyumnya sampei limpas telinga, becantum balit rah belakang palak. Semoga bininya bena2 terkejut dengan kejutan nya ya kelak.

.

.

.


The latest one, niru design nk Bang Zul ya juak (atas permintaan kastemer), tapi design atap jak lain. Baruk siap divarnish, sebelum di'frame' lam kaca.

.

.

‘Next project : Molah replika rumah panjang nk disuruh blogger Ms. Tikot ariya.'

Sungguh Misteri Orang Itu...

$
0
0
Pada suatu petang yang panas membara, aku dilanda keboringan yang amat dahsyat. Oleh kerana tidak tahu apa yang hendak diperlakukan, aku pun menekan-nekan button hp, mencari-cari calon mangsa untuk diajak bermeseg.

Tiba-tiba aku ternampak nama salah seorang kawan lama aku. Sudah lama aku tidak mengontek beliau. Oleh itu, aku pun mempermesegkan lah akan dia itu, yang bernama Rodi. “Hai..” begitulah bunyi meseg ku.

Selang beberapa minit selepas itu, Rodi membalas meseg : “sapa ni??”

Wah! Ini sudah cukup bagus, fikirku. Sudah tentu si Rodi itu tidak ada menyimpan nombor aku lagi, dan inilah peluang yang amat baik untuk menyakat dan memporak porandakan fikirannya.

“Bekas gerek kitak. Rodi! Ktk sine tok?” Aku mula masuk gear satu.

Lama jugak ku tunggu respon. Then, ku terima jawapan : “U salah no.” !

Adoii.. Jawapan itu benar2 mengecewakan aku. Tersalah nombor rupa2nya. Aku serta merta menjadi hampa dan malu kedirik.

Tapi sebagai seorang jejaka yang macho dan haloba, aku cuba bangkit dari kekecewaan itu. Dan setelah aku berjaya mengumpul segenap kekuatan yang ada, dengan tenang aku pun menghantar meseg ini : “Owh.. Sori. Dulu kawan saya guna no ni.” Fuhh.. lega. Lega setelah aku meng’ending’kan semua ini dengan baik.

Aku pun meneruskan pekerjaanku mencari nafkah. Tapi, dengan tidak semena2, aku terima lagi satu meseg, dari nombor Rodi tadi. “It’s ok. U dari mana?”

Laa.. ingatkan dah tutup kes. Ada lagikk. Aku tak tahu orang Malaya manakah dia ini. Dan aku tak pasti sama ada dia ni lelaki, pempuan, atau dot dot dot. Tapi, sebagai seorang jejaka berjiwa penyayang dan berjiwa satu Malaysia, aku pun layan jugak lah..

“Kch, S’wak. U?” Balasku.

“Labuan. R U she or he?

“I m a male. & U?

“Ok. I ingatkan u fmale. Kalo bgitu we should stop msg’. Coz I dah engaged. Thanks.”
Itulah yang berlaku beberapa minggu yang lepas. The end.

The end?? No!

Pada suatu hari di antara banyak2 hari yang berlalu beberapa hari yang lepas, aku terima lagi sms dari no yang sama!

“Hai. U ingat ingat saya kan?”

Malas rasanya nak respon.


“Sory kalau ganggu u. I cuma ingin luahkan kesedihan i. My fience baru ja putuskan prtungn kami. X tau lah knapa I rasa mau britau u.”

Lama aku berfikir lepas terima msg ni. Aku kira dia nak melantik aku jadi pakar motivasi. Dia yang aku tak pernah jumpa, hatta nama pun aku tak tau, nak cerita pula hal peribadi dia.

So, untuk memulakan kajian, aku pun sent msg to member2 pempuan : “Salam. Kmk nak nanyak pandangan ktk ajak. Andaikata lah, mun apa2 jadi lam idup ktk, adakah ktk akan besadu ngn urg yg ktk x knal? Yerrr…”

2 of them r bloggers; Khairul Antasha n Katie Bunga.

Jawapan Khairul Antasha : “…call or jumpa urg ya..Yerr…”

Jawapan Katie Bunga : “Sik.. kmk akan call.. kenak… Yerrr…”

Pasya panjang berjela2 jak msg mekduak Katie Bunga, kedak lam Dewan Rakyat. Sampei berempas tepon indah arum bulak tek. Last2 nya merik konklusi “…tp coba ktk pk, mun nya mok besadu, knk nya x besadu ngn kwn. X kan nya xda kwn. Knk mesti ktk yg nya xknl?...”

Hmmm… ntah lah. Bak kata lagu kumpulan Wings, ‘Biarkan berlalu’. Nanggar lah, lam duak tiga ari tok, ada x nya msg agik…

.

.

.

.

.

.





Dis is Gangsta, my 'Bujang Sigat' yang dah besa panjang dan gagah macam tuannya. Gangsta juga tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan 'Selamat Ari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai' kepada bloggers yang meraikannya.


Anda Bertanya, Pakar Menjawab...

$
0
0
Ruangan ini khusus bagi para pembaca majalah Mingguan Gerek yang bermasalah dalam percintaan. Soalan-soalan dari para pembaca akan dikendalikan oleh ‘Doktor Cinta’ (DC), seorang yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam masalah percintaan.


Soalan 1 :
Tuan Doktor Cinta, saya pemuda bekerjaya tetap dan berpendapatan agak stabil. Saya masih bujang, dan akan mengahwini tunang saya setelah dia menamatkan pengajiannya di Institut Penorehan Getah Malaysia (IPGM). Masalah yang timbul sekarang adalah kerana kami tinggal berjauhan antara satu sama lain. Saya tinggal di Lorong Simpor No 1, manakala tunang saya itu tinggal di Lorong Simpor No 2.
Saya pernah mendesak ibubapa tunang saya itu supaya berpindah ke Lorong Simpor No 1, Namun bapanya hanya menyatakan kesanggupannya untuk berpindah ke Lorong Simpor No. 1A. Itu bagi saya masih jauh dan tidak memadai.
Saya mengugut untuk memutuskan pertunangan kami jika mereka anak-beranak masih enggan berpindah ke Lorong Simpor No. 1. Tetapi bapanya bertindakbalas dengan mengugut untuk berpindah ke Lorong Simpor No. 3 pula jika saya bertindak memutuskan hubungan. Saya rasa sangat-sangat susah hati. Fikiran saya buntu. Tolonglah saya, Doktor Cinta.

Pemuda Angau,
Petra Jaya

Jawapan :
Saudara Pemuda Angau, kalau anda ajukan soalan ini kepada orang awam, tindakan saudara itu mungkin boleh mengundang bahaya, yang mana anda berkemungkinan akan kena libas dengan talipinggang, atau sekurang-kurangnya makan penampar jepun.
Namun, bagi seorang doktor cinta seperti saya, ianya tetap ada penjelasan tersendiri. Saudara sebenarnya mengalami ‘Kanggaroo-Aspirin-Long-Journey-Internal-Syndrome’, atau ringkasnya K.A.L.J.I.S. Ianya timbul apabila orang yang dicintai tinggal sekampung atau se’area’. Apabila aura dari kedua-dua pihak ini bertembung, ditambah dengan rangsangan dari pancaran ultra-ungu dari mentari senja, maka akan mewujudkan rasa kurang selesa apabila kekasih terlepas dari pandangan mata.
Untuk penyelesaian, saudara perlu mengambil langkah berani dengan berpindah dari Lorong Simpor No. 1 ke Lorong Tan Liew, off Jalan Kuching - Serian.
DC - Lebih baik merasa kesusahan awal, demi kesenangan berpanjangan.

Soalan 2 :
Saya seorang wanita berusia 27 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta. Saya mempunyai kekasih yang tiga tahun lebih muda dari saya. Kami merancang untuk berkahwin dua tahun lagi. Kami tiada masalah berkenaan usia. Cuma yang merunsingkan saya, kekasih saya itu kadangkala berperangai dan berfikiran kebudak-budakan. Saya perlukan nasihat daripada Tuan Doktor Cinta, bagaimana saya harus ber’slow-talk’ dengannya, tanpa menjejaskan perhubungan kami. Terima kasih.

Gadis Runsing,
Kpg. Gita.

Jawapan :
Saudari Gadis Runsing, saudari tidak perlu terus menerus berasa runsing. Saudari berusia 27 tahun dan kekasih saudari tiga tahun lebih muda, barmaksud dia sekarang berusia 24 tahun. Pada saya, tidak ada apa-apa yang pelik atau ganjil jika lelaki seusia itu masih berperangai kebudak-budakan, kerana hakikatnya dia memang budak.
Lagipun, anda berdua merancang untuk berkahwin dua tahun dari sekarang. Ini bermakna usia kekasih saudari ketika itu sudah menjangkau 26, dan ketika itu dia sudah tidak menjadi budak lagi.
Jika dia masih lagi berperangai begitu pada usia 26 tahun, saya cadangkan agar saudari putuskan saja hubungan. Setelah itu, saudari cuba jalinkan hubungan dengan Pemuda Angau, kerana ketika itu dia dijangkakan sudah memutuskan hubungannya dengan kekasihnya yang tinggal di Lorong Simpor No. 1 itu.
DC - Sesuatu kegagalan itu biasanya akan didatangi ‘short-cut’ untuk kejayaan yang lain.


Soalan 3 :
Saya sudah beristeri, mempunyai 2 anak, 2 abang ipar dan 2 mertua. Selain menjadi seorang ahli binabadan sepenuh masa, saya menyara hidup dengan pekerjaan sebagai bouncer di sebuah syarikat pemberi pinjaman. Jika ada masa lapang pula, saya akan mengisinya dengan menganyam bakul.
Masalah saya timbul bila saya mula kehabisan makanan kesihatan pembina otot. Saya cuba mencari alternatif dengan menggantikannya dengan produk-produk kesihatan isteri saya seperti ‘susur perut’ dan ‘sari perapat’. Akibatnya, saya mula mengalami kitaran bulanan yang tidak teratur, selain masalah keguguran bulu dada.
Apakah yang harus saya lakukan sekarang, memandangkan masalah saya ini semakin serius?

Sangat Ganas
Pending

Jawapan :
Saudara ‘Sangat Ganas’,. Saya tidak ada penjelasan dalam hal ini, kerana ianya di luar bidang pengkhususan saya. Tapi saya mencadangkan agar saudara merujuk kepada pakar sakit puan, pakar sakit tuan dan pakar sakit tuan2 dan puan2. Itu saja yang boleh saya katakan.
DC - Lain kali, jangan bertindak sendiri, dan kalau buntu, carilah pakar yang boleh diharap.

Jika anda ada sebarang kemusykilan dan masalah berkaitan percintaan, sila kemukakan masalah anda itu ke ruangan ini tanpa segan silu.
.

: ( Kenari : )

$
0
0

Burung kenari terbang sekawan
hinggap seekor di atas batu
termenung sendiri di malam rawan
resah jiwa tidak menentu
: (
Hinggap seekor di atas batu
ditangkap 'nak raja pulang berburu
resah jiwa tidak menentu
bunga kupuja mawar sembilu
: (
ditangkap 'nak raja pulang berburu
sangkar emas kini belenggu
Bunga kupuja mawar sembilu
pada siapa harus mengadu
:(
Sangkar emas kini belenggu
puteri menyaksi hiba dan sayu
pada siapa harus mengadu
terdetik di hati pesannya guru
: o
Puteri menyaksi hiba dan sayu
sangkar diselak bertalu-talu
Terdetik di hati pesannya guru
ingat Al Khaliq zat nan Satu
: |
Sangkar diselak bertalu-talu
riang kenari terbang ke sarang
Ingat Al Khaliq zat nan Satu
nescaya hati menjadi tenang...
: )

ijamm
18 July 2010

Clash of the Kumpulan Samseng...

$
0
0
Suasana di Masja malam itu agak lengang. Yang terasa hanya angin malam bertiup lembut. Sekali sekala kelihatan beberapa anak muda bermotosikal, meluru laju dengan pelbagai aksi.
.
Amir Kapak masih menunggu dengan sabar. Nekad. Dia sudah cukup bersedia dengan apa jua kemungkinan yang bakal dihadapi.
.
Amir Kapak yakin, Pejal Tukul akan setia pada janji. Pertemuan one-by-one, tanpa senjata, tanpa pengikut.
.
Siapa tak kenal Pejal Tukul. Tegap. Perkasa. Penuh wibawa.Tangkas dan lincah dengan teknik hikmat tamparan singa meruyan, warisan turun temurun sejak zaman berzaman. Kadang kala bengis, sadis dan kejam. Itulah Pejal Tukul, ketua Kumpulan samseng Seri Penyaram.
.
Setelah menunggu agak lama, kelihatan kelibat Pejal Tukul dari kejauhan. Motosikal EX5 dengan gear automatik miliknya perlahan-lahan menghampiri. Setelah parking betul-betul di hadapan batang hidung Amir Kapak, Pejal Tukul dengan tergesa-gesa turun dari kenderaannya.
.
"Aku tauk kau mok setel secepat mungkin, sikmok muang masa lamak-lamak. Aku pun sama. So...?" Pejal Tukul berkata sambil termengah-mengah lantaran kekenyangan setelah pulang dari moreh.
.
"OK. Benda petama-tama skali ku nak clear nektok adalah hal pembahagian kawasan. Bukankan kita riya dah sama-sama stuju hal tok? Kitak urang Kumpulan Seri Penyaram handle area Kuching Barat, dan mek urang kontrol area Kuching Timur. Tapi, urang-urang kau ada kelihatan menjalankan operasi rah area mek urang! Jdi, aku nak tauk kenak benda camtok boleh belaku." Tanya Amir Kapak dengan tenang.
.
"Aku dah agak mesti tokrang akan nimbul isu tok. OK, ko ingat sik ngan Atil The Serati Slayer?" Pejal Tukul kini berbicara lebih lancar setelah senak perutnya hilang sebanyak 50%.
.
Sebaik mendengar nama itu, riak wajah Amir Kapak berubah serta merta. Nama itu mengingatkannya pada peristiwa kepong mengepong di Taman Pustaka Negeri tahun lepas. Peristiwa itu menjadi saksi gugurnya nyawa 12 ekor itik kesayangan Amir Kapak di tangan Atil The Serati Slayer.
.
Atil, bukan calang-calang wanita. Dengan sokongan rakan sekutunya, Aerol The Thong Hin Master, kedudukan Atil sebagai Ketua Kumpulan Samseng Naga Betandak begitu kukuh dan sukar digugat. Kumpulan yang wujud hasil gabungan 3 kumpulan samseng wanita itu kini mula menempa nama di persada persamsengan tanahair.
.
"Cis! Rompuan ya.. Kenak ngannya? Apa kaitannya?" Soal Amir Kapak yang masih blur.
.
"Kumpulan Naga Betandak ya dah makin berani tauk ko..! Sia sitok daknya dah beroperasi. Rah area aku daknya bisnes, lam area kau pun daknya dah stat bertapak. Jadi, urang-urang aku nektok betungkus lumus memantau dan mengkaji strategi daknya di semua tempat. Boh ko bingong, aku sik akan motong jalan kau. Operasi bisnes aku dalam area aku ajak."
.
Amir Kapak mengangguk-angguk perlahan. Dia cukup berpuas hati dengan penjelasan Pejal Tukul itu. "Brapa igek sample barang ko mbak tek?" Amir Kapak meneruskan perbincangan.
.
Pejal Tukul segera mengambil beg ala James Bond nya. Setelah dibuka, dengan perlahan dan berhati-hati dia mengeluarkan dua bungkusan.
.
"OK, tok sample kuih basong pulut. Sigek tok popia besimpul. 2 igek item tok ajak ku dapat supply pakei jual rah bazar ramadhan area kau." Jelas Pejal Tukul.
.
"Aih!! Penyaram nya nie?" Soal Amir Kapak lagi. Kali ini dengan nada lebih tinggi.
.
"Mir..! Survival kumpulan Seri Penyaram begantong penoh ngan bisnes penyaram. Ya ku sikpat supply ngan urang lain taun tok, temasok kau. Penyaram aku untuk area aku pun ajak taun tok. Sori Mir."
.
Amir Kapak terdiam, menahan perasaan.
.
Melihatkan Amir Kapak yang masih membisu, Pejal Tukul bersuara, "Turn kau gik. Nie item kau? Sik saba ku nak nanggar."
.
"Nah! Tok kuih bongkol 1 Malaysia. Resepi terbaru aku." Kata Amir Kapak sambil menyerahkan satu bungkusan, tanpa memandang sedikit pun ke wajah Pejal Tukul.
.
"Sigek jak? Sik adil lah camtok. Ya, apa lam bungkus sigek ya? Kuih perauk nak?" Pejal Tukul cuba mengintai-intai isi bungkusan di tangan kiri Amir Kapak.
.
"Tauk pun kau. Kuih perauk lah tok. Resepi kuih perauk tok jak dapat ngalah resepi sidak Naga Betandak. Tapi, aku sik akan merik ngan kau, kecuali mun kau stuju supply penyaram kau ngan mek urang. Tekit, or livit..!" Amir Kapak memberi kata dua.
.
Dipendekkan cerita, Amir Kapak bersetuju membekalkan kuih perauknya kepada Pejal Tukul. Dan sebagai imbalan, Pejal Tukul akan memberikan hak ekslusif kepada Amir Kapak untuk menjadi pengedar tunggal penyaramnya di kawasan Kuching Timur.
.
Moral dari cerita ini adalah : Bazar Ramadhan di Kuching sungguh meriah. Kawal-kawallah diri dari membazir, kerana orang yang membazir itu adalah saudara rapat sidak semandin.
.
.
Selamat beposa!

Sesuatu..

$
0
0
Salam. Time tok usu masih kat kampong di Betong. Gik gago juak dengan macam2 urusan di sitok. Insyaallah, ari Ahad tok usu balit Kuching. Ada samting usu nak post lam next entri kelak. Ada 'sesuatu'. Time tok usu tengah giat ngumpul 'sesuatu' ya lah. Pakei ngkah lam entri kelak. K tanggar tokrang. K, usu mupok lok. Tunggu aaaa.... Salam.

Dah Abis Tempoh Bertenang

$
0
0


HUUUUUUUUHHHHHHHH................!!!!!!!! Lelah nyawa ku! Asa nak leput. Ndak alah2 gago usu tokrang tok koh. Dari bulan posa riya, sampei raya aji ya tek, ada2 ajak nak dipolah. Tapi, lelah2 pun, bebaloi juak lah. Lelah sik sia2. InsyaAllah lepas tok, kraf2 replika rumah nk dipolah usu ya akan boleh dilihat di kedei2 tertentu di sekitar Kuching. Dan kali tok, dengan penampilan baru yang lebih kecil tapi lebih detail.
.
.
Tadaaaa....
.
.
Replika Rumah Baruk Bidayuh. Sorry, snap gamba k hp jak, sik brapa clear. Sekda kamera canggih. Sesungguhnya, aku ini bukanlah Rudy maupun Kaljis.
.
.

Rega? Rm 105.00 (market). Mun direct ngan usu mpun, ada rega spesel lah. Dalam Rm 65, un'tawar'able.

Ermm.. usu ada janji apa2 ngan tokrang kah?? Rasa2 nya ada nak..!! Aaaaaaaa.... sik usu lupak bah. Tapi saba lok k. Gik ada masalah teknikal nak molah entry pasal 'sesuatu' ya. Sebab nya melibatkan proses forensik, scan & mendapatkan maklumat. (tang pelik jak bunyi nya nak ooo...).

K lah, usu nak main game 'Tekken' online lok. Mun sapa2 minat game ya, boleh kita molah perlawanan persahabatan kelak. Usu suka main makei 'Yoshimitsu' ngan 'Leo'.

Chaow lok! Salam.

Anakku Sanusi

$
0
0



"Ko nak gi sine ya? Aku lom gik abis klakar!"

.

"Boring ku nengar ceramah kitak ya. Bagus ku gi main umah sebelah."

.

"Kacak bahasa ko klakar ngan aku kinektok ho.. Sine ko blajar? Betuah nya anak.."

.

"Seumur idup aku, baruk aritok lah ku nengar kitak nunggah ku anak. Lamak2 tok sekda pun kitak peduli."

.

"Dah yaa.., kau nang anak aku. Nunggah sik nunggah, kau tetap anak aku."

.

"Aku anak mak!"

.

"Aook!! Kedonggg..! Mun mak ko sik belaki aku, dapat nya beranak kau?"

.

"Nang benaa..."

.

"Yaaahhh... kakya??"

.

"Sejak ku lahir, ku nyusu ngan mak bah. Sekda ku nyusu ngan kitak."

.


(diam)

.

"Masa ku gik lam kandungan mak dolok, kitak gago ngan mpuan lain"

.


"Ginei ko tauk?? Maka kau tek lam kandungan."

.


"Mak madah!"

.

"Hmmm... Mak ko ya ko dengar ko.."

.

(duak-duak diam)

.

"Tapi eh, sigek ku eran. Walaupun kitak dah kira super-kasanova, mak slamber jak, pak o... sekda nya nak ngerepak kah, nak ngamok kah.. Rilek jak nya."

.

"Bencik ku klakar ngan kau! Lari nun, sebelum kau ku geramus!"




.

Sebagai anak remaja yang sedang meningkat dewasa, jiwa Sanusi (lakonan Gangsta) sering memberontak.

.



Sang ibu (lakonan Mimie - calon Anugerah pelakon harapan wanita 2010) yang sentiasa slumber.

Aktiviti Balit Kampung

$
0
0
Salam. Duak kali ujung minggu ya tek usu balit kampung di Betong. Selain ngabas mak bapak & sekalian anak buah, sempat usu raon2 sorang dirik ncarik ilham. Best jak rasa tekayo-kayo sorang dirik. Minda rasa rilek jak.
.
.
Tok puncak Bukit Gerasi. Gerasi maksudnya 'gergasi' lam bahasa Iban. Giant bah. Mun ngekot lagenda, di bukit tok dolok marek ada 'antu gerasi' diam. Kinek tok dah dipolah kompleks kerajaan sia. Mun rajin, boleh pegi ke depan sikit, baruk nampak full view bandar Betong. Usu gi sia sorang-sorang, ya lah ada cuak kit nak explore. Nie lah kita tauk, 'antu gerasi' ya target anak teruna :P
.
.
Tok salah sekok pusak umah mek urang di Betong. Namanya 'Lai-Yin'. Macam tauk-tauk jak nya kita nak nyenap, alu betapok debah meja. Ciri speselnya ada pada matanya. Mata belah kanan wana biru, belah kerek wana kunin-ijo. Nya paling sik suka paparazi ngambik gambanya. Alu molah muka jaik.
.
.

Aktiviti paling merindokkan usu di kampung adalah acara mutit bunga durian. Tok lah sayur feberet usu dari kecik. Nyaman digoreng tumis ngan belacan. Asal pagi jak ada lah usu kayo-kayo lam kebun ncarik bunga durian. Kedong musim nya bebunga bah. Kebun ya sik jaoh, sebelah rumah jak. Selain durian, ada juak pokok ngkalak, jerin, dabei etc.

.

Mun tokrang ada gi Betong, sudi-sudi lah singgah umah mek urang, tanpa sedikit pun rasa segan silu, k. Boh takut, urang2 sia sik makan urang.

Kata Hati Kesayangan Hamba : Phase 1

$
0
0
Tersebutlah kisah, si Mat dan si Minah yang telah sekian lama berkenalan melalui fesbuk. Maka pada suatu hari, bertemulah mereka di sebuah kedai makan tambi di Satok. Di situ, terjadilah perbualan di antara mereka berdua, di mulut dan di hati.. :
.
Mat : Ermmm... Sik sangkak mek kitak tok jenis urang pemalu. Gamba lam fesbuk kemain gik ceria.
(Eran ku nanggar olahan ompuan tok. Dari tadik tersenyum-senyum, tegaruk sana, tegaruk sini. Sik juak pandei mukak mulut. Nya tok bisuk kah apa..)
.
Minah : Ah? Owh.. Ya lam gamba. Kamek nang penyupan bah. Ya lah sik rami kawan.
(Lom.. Enjen ku lom panas bah..)
.
Mat : Mena kah? Suka mek bekawan ngan urang penyupan koh. Kamek tok nang suka bekawan. Mek takut kitak jak sikmok bekawan ngan kamek.
(Jegaa... ku dah stat nyual minyak. Hehe..)
.
Minah :(Jangan kata kawan, lebih dari kawan pun ku sudi. Hihi..)
Pahal kamek sikmok bekawan indah? Kamek pun nang suka bekawan juak bah..
.
Mat :(Tek madah sik rami kawan. Nya tok nebes ngan aku kali.. Ya lah klakarnya serba sik betol)
Ya lah.. Kitak pun tauk kamek tok dari kloga miskin.
.
Minah :(Mun ati dah suka, sekda lah urang lalek ngan reta. Tok bukannya zaman cita 'Antara 2 Darjat'.)
Mmmm... Mun kitak ikhlas bekawan, kamek pun 10 kali lebih ikhlas. Sekda ngira miskin kaya. Kamek tok bukannya kaya pun. Kitak tok...
.
Mat : (Yess..! Ada chan aku tok!)
Baguslah mun kitak pikir macam ya. Tauk-tauk ajak lah zaman tok. Bila kita nak bekawan sikit, alu dikata urang nak begerek.
.
Minah : Soal jodoh, sik dapat kita nak meramal nak o.. Masa yang menentukan.
(Opppss..! Kenaklah mulut aku tok pandei madah camya.. Edvan gilak dah aku tok.)
.
Mat : (Yohh..! Green lite eh! Nang best ompuan tok.)
Mena kata kitak. Kita mampu merancang ajak.
.
____________
.
Ya, begitulah bermulanya pertemuan yang telah melahirkan bibit-bibit kasih antara Mat dan Minah. Tahap inilah yang diistilahkan sebagai 'Fasa 1' oleh sebahagian ahli-ahli sains sosial dan ahli-ahli binabadan. Jika anda tidak ingin terlibat dengan kemelut di muara kasih, atau menjadi seperti teratai layu di tasik madu, jangan sekali-kali mencuba tahap 'Fasa 1' ini.
.
Sedutan entry akan datang :
Minah : Entahlah. Kamek pun sik tauk kenak bapak kamek pandei madah macam ya. Ariya nya madah ok. Setuju.
.
.
SEKIAN
.

Mari Ke Dapur

$
0
0
Salam. Pakaba? Ginie ujung minggu tokrang tek? Ada bagus ka? Ada spesel ka? Ujung minggu usu tok biasa-biasa ajak. Sekda spesel-spesel. Biasanya, mun sik gago, usu masak jak lah. Menu? Salunya mushroom soup. Ya nang menu feveret mek urang umah tok. Tapi molah simple-simple jak lah. Biasalah urang bujang. Lain-lain ya salunya nk jenis begoreng.
Usu tok bukannya apa, sikmok kalah leh Zaki Dukunlintah ya. Mun nya pandei ke dapor bemasak dak nasik, dak ikan, usu pun apa kurangnya.
So, Ujung minggu ya tek, usu gi lah pasa minggu meli mushroom banyak-banyak, 3 jenis. Entah apa ka nama mushroom ya. Makan jak tauk. Sampei umah, terus cuci, pasya potong alus-alus.





Pasya, usu masukkan 'maggi cukup rasa' ngan kiub ayam pakei merik rasa.


Mun dah makei maggi cukup rasa ya, maknanya dah ada semua lah ramuan dalam ya, segala dak bawang, bicin, garam whatever. Tapi, pakei nyuruh nya nampak nyaman agik, usu ngkah lah sikit bawang putih ngan bawang mirah. Bukan apa, sak nampak lebih ori lah tek konok. Saikologi bah.




Tok lah upanya bila dah masak ->




Tapi, ada sigek benda gik mok ditambah ->






Yes, telor. Time gik panas-panas alu ngkah telor. Gaul teruz ->






Mmmm... Ready untuk dimakan sekampung. Err.. jemput lah makan skali.. sela, sela..! Tambah nasik, tambah nasik. Sori, simple ajak. Arap sudi jak lah...











Aturcara Majlis Persandingan

$
0
0

10.00 pagi


Ketibaan para jemputan. Sambil menjamu selera, hadirin dihiburkan dengan persembahan karaoke artis jemputan seperti Justin Bibir, Adam Lambat dan Lady Gago.



11.00 pagi


Ketibaan pasangan pengantin, Man (pengantin lelaki) dan Meen (pengantin perempuan), diiringi para pemain kompang terdiri daripada kanak-kanak Tadika Kemas. Ketibaan pengantin disambut dengan persembahan pencak silat oleh 2 pesilat warga emas.



11.05 pagi


Kedua mempelai dibawa menuju pelamin. Berlaku sedikit kegawatan bila semua pihak mula menyedari salah satu kerusi pengantin didapati hilang. Majlis tepung tawar terpaksa diadakan dengan pengantin perempuan duduk di atas riba pengantin lelaki.


11.15 pagi


Tanpa diduga, Maon (bekas gerek Meen) turut hadir untuk mengucap tahniah kepada pengantin.Sebaik terpandang Maon, Meen tiba-tiba pengsan dan terjatuh dari pelamin. Para hadirin menjadi kecoh. Man segera mengangkat Meen. Sambil memandang tajam ke arah Maon, Man berkata "Ko tok nang belukuk! Sapa nyuruh ko gi sitok..!"



11.10 pagi


Haji Muan (bapak Meen) merenjis air ke muka Meen, seraya menyanyikan lagu 'direnjis-renjis dipilis...'. Meen yang telah sedar dari pengsan turut memarahi Maon. "Kamek dah mesan riya, boh kitak datang mejelis kamek..". Maon menjawab, "Kamek mintak maap, kamek tauk tok salah kamek. Tapi ati kamek sik akan tenang mun kamek sik datang majlis persandingan kitak. Kamek cuma datang nak ngucap tahniah ajak".


.


11.13 pagi


Meen menambah "Inggar mek nanggar kitak ya, jiwang li jak. Kamek ompuan tok pun sik jiwang gilak kedak ya". Maon sedikit tersinggung dengan teguran Meen, lalu menjawab, "Mun kitak sik jiwang, kenak kitak leput tek? Sejiwang-jiwang kamek, kamek sik leput!".


.


11.15 pagi


Mak cik Moon (emak Man) turut masuk campur. "Udah gik takduak ya. Dah sekda jodoh ginie nak molah. Terimak ajak lah. Kau pun satu hal juak, Maon. Tauk ko Meen ya lemah semengat, gik juak ko nak ngeso dirik ko time nya nikah tok."


.


11.30 pagi


Maon akhirnya bersetuju untuk beredar, tapi dengan satu syarat. Pihak pengantin mesti membekalkannya dengan 'kandong' mengandungi semua jenis menu juadah yang ada pada majlis hari itu. Ini kerana beliau dari tadi belum sempat menikmati jamuan disediakan.


.


11.45 pagi


'Kandong' Maon siap. Maon beredar.


.


12.00 tengahari


Majlis tamat. Para hadirin bersurai, dengan bantuan pasukan polis anti-rusuhan.






Ole-ole dari Pasa Minggu

$
0
0
Salam Ujung Minggu.. ! Sik gi sine2 tokrang ujung minggu tek? Aritok usu ngelayo sorang2 di pasa minggu koh. Kadang2 best juak keja ngelayo solo2 camtok. Rilis tensen..
Pagi lam kol 8 usu sampei satok. Terus landing rah kedei tambi faveret, iaitu lah.. Azreen Cafe. Sarapan lok, baruk ada stamina k ngelayo carik barang. Macam biasa, mun bekfes di kedei ya, usu ngoder teh tarik. Pasya roti kosong kuah dal. Oleh kana dal sitok nyam-nyam skals, usu salu mintak dal lebih. Asal nanggar muka usu, tauk lah daknya, dal maok banyak. Kuah dal kedei tok naaaang spesel. Cukup ramuan.

Tengah usu fokus menikmati keenakan teh tarik dgn roti, serta menghirup kuah dal yang nyaman gilak ya tek, rupa2 nya ada sepasang mata tengah merati. Sik penah nanggar urang makan dal kah nyatok, kata ku lam ati. Nak mintak padah mintak! Boh lah merati urang camya gilak.
.
.
.


" Sekda urang nak mintak juak bah. Banyak gik makanan lain ku dapat di sitok"

" Nakpa pedah ngambik gamba ku indah. Bagus ko nyenap gamba sidak kedei tok"


"Heh..! Angol ku di ambik gamba ajak2. Bagus ku tido balit"


So, bila dah bertenaga dan berstamina, usu pun memulakan langkah ncarik mana2 barang nk dapat disambar dari segenap penjuru pasa minggu ya. Lepas area majalah, pegi area sayur. Puas nanggar dak ikan dak suntong, merayap rah area bawang, pasya betepas ngan dak cina bejual pisang, alu main kepong2 ngan sidak nk bejual selepar. Last2 sampei lah usu rah tempat urang bejual dak bunga. Ada sigek stall sia bejual arang indah. Tapi arang2 ya dipolahnya kacak2, dingkahnya reben indah.


"Ini arang untuk apa moi? Baja kah?"
"Bukan baja. Itu untuk simpan dalam rumah ka, dalam bilik ka. Kasi ilang bau, kasi reduce radiation juga."
"Apa beza dgn arang biasa? Arang biasa pun boleh hilang bau"
"Alang (arang) biasa cuma boleh buang bau saja. Tapi ini alang manyak guna lain. Lu simpan dekat komputer pun boleh, kasi kurang dia punya radiation. Ini pun boleh menjadi sebagai water purifier. Ini alang ada energy. Kalau simpan mentol boleh nyala bo.."
.
Alu lah nya tek molah demo makei mentol kecik dgn wayar. Nang bena juak padu! Berapi mentol ya lok!
So, usu pun ambik lah sigek. Coba nk kecik jak dolok. Lamak juak mileh, carik shape nk kacak2 kit. Last2 ada juak nemu sigek nk kira hensem juak lah upa nya.









Sebelum balit umah, usu dah stat imejin camne nak ngias benda tok, sak nampak kacak. Usu plan nak ngkahnya lam bekas seramik. Di rumah dah ada batu wana itam ngan putih, dibeli taun ya tek. Masih gik disimpan debah katil. Murah jak rega batu ya, sik sampei rm2 sebungkus. Meli ajak ariya, lom ada idea nak pakei apa.
Sampei jak umah, usu terus ambik bekas seramik nk kedak mangkuk ayun ya. Murah juak reganya, rm1.20 di kedei Wanda.
Pasya, usu carik lah batu2 putih ya, sebab arang ya dah wana itam. Mun makei batu itam juak, pelik lah upanya. Tapi, carik punya carik, bungkar punya bungkar, sik juak nemu. Jangan kata batu wana putih, batu itam pun sekda juak. Sine ndak tuju nya kah..?
Ya Allah.. Baruk ku ingat! Minggu lepas ku dah berik batu2 ya ngan sidak tiga tok :


Patut pun sik jumpa2, dah lam akuarium duhal. Heii.. pelupak na juak usu tok eh! Mun tokrang nak tauk, tok lah 3 ikok puyu kesayangan usu. Dari kiri, LesScalores (paling skalo), LesBujartes (paling bujat) dan LesKenjares (paling kenjar).
Tapi sikhal lah. Malas usu nak ngeluar balit batu2 ya, dah kacak dalam ya tandah jak lah. Lagikpun, mun diambik takut dak tiga ya kecik ati lak.
Dah sekda batu, tepaksa lah usu beputit batu2 alus rah depan umah. Batu ya pun ok juak. Nampak lebih original, ... and spicy. Pasya, tambah sikit deco, dah cukup elegen...

Haaaa... Itu dia........






Nk wana pink ya bunga plastik hiasan akuarium. Dahan kiut ya ujung batang pokok kamoning.








Mudah-mudahan lepas tok bilit aku akan menjadi lebih segar, selesa dan 'kurang radiasi' : p








Alang-alang wa sudah beli itu alang, wa mau kasi sama wa punya pak alang juga lah.












Rejeki..

$
0
0
Ari Sabtu. Pagi lam kol 8 lalu gya, Usu ngan sorang member namanya Faiz gi bekfes di kedei. Biasanya, mun ujung minggu macam tok, kedei yang salu jadi sasaran adalah sama ada Azreen Cafe di Satok (Mek urang nektok biasa nyebut Satok Lestari), Hongkong Cafe di pasa, ataupun Kafe Pak Amit di Astana.


Oleh kana pagi tadik Usu asa nak ncerik roti canei Kafe Pak Amit, maka ke sia lah destinasi mek duak. Sampei jak sia, sikit gik nak kensel, sebab tersangatlah rami nya makhluk bernama manusia. Tapi berbekalkan semangat nak makan roti canei kedei ya (maok nk di sia juak, sikmok roti canai kedei lain), kamek duak Faiz pun berhempas pulas ncarik seat kosong. Last2 ada juak lah sekumpulan manusia yang angkat dari table daknya. Mek duak pun alu lah tergesa2 ngisik tempat nk dikosongkan ya tek. Alhamdulillah, rejekiii.. Cun depan kaunter. Sebelahnya stall laksa sarawak.


Bila nak duduk tek, Usu pun narit bangku. Berat semacam jak bangku ya. Paduhal tek ada beg!

Mek duak tek coba2 lah carik urang nak baruk balit ya, pi dah ilang dari pandangan (Jangan ndak jak ncarik, macam lah kenal urang ya). Last2 berik ajak lah ngan ompuan di kaunter ya.


Dah ya tek, datanglah pramugari ngambik order. Oleh kana dah tercium aroma laksa sarawak stall sebelah meja ya tek, alu pandei terorder laksa indah mek duak (ya ku madah, manusia tok nang mudah tergoda..). Maka tek tujuan ke sia nak makan roti canei..


Walaupun laksa bukanlah antara feveret usu, laksa di sia kira ok lah juak, especially kuahnya..






Dan yang lebih menguntungkan lagik, si Faiz ya jenis urang yang sik makan udang. Maka usu lah yang memikul tugas makan udang2 dalam laksanya. Hehe..rejekiiii..


Teh tariknya,.. wow! Nang nyams.. Sekali hirup, asa nak di abis terus..Koatan nyaman nya tek.






Tengah mekduak makan laksa dengan rakusnya, datanglah sorang urang laki. Lom sempat nya nak masok kedei, ompuan kaunter ya dah nyerao, "Kitak ada tetinggal barang tek nak?".


"Aok..!" Kata abang ya. Alu nya ngagak ke kaunter ya. Pas nya ngambik begnya dari ompuan ya, alu beloyar panjang nya duak tek.


Mek duak Faiz perasan juak, tapi malas nak lalek. Fokus mekduak tetap pada laksa.


Lepas beloyar2 ngan ompuan kaunter, olaki ya pun chau. Tapi sik chau terus, sempat nya ngagak table mek duak.


"Assalamualaikum, dik! Kitak duak nemu beg tok tek kah?" Katanya negor.


Dengan penuh sopan santun serta senyuman mahal, mekduak nyawab serentak "Aok.."


"Nasib takduak nemu tek. Timak kaseh aa.." Katanya sambil bejarah.


Tapi, nya bejarah bukan stakat bejarah ajak. Ada fulus diselitnya di tangan, asa pengilan urang nikah jak.( Err.. usu nikah lak, tokrang datang aa..)


Seperti prosedur biasa, bila ada urang merik duit kedak ya, urang nk kenak berik tek mestilah malu2 dan teragak-agak nak melepas tangan bejarah ya. Kira sikmok nak nerimak lah tek konok. Tokrang pun, mun urang merik duit kedak ya, mestilah tokrang supan2 and malu2 nak? (Walaupun lam ati tokrang menjerit kegirangan, yei, yei,.. dapat duit, yei, yei,.. dapat duit).

So bila olaki tok tek (sik sempat madah nama) nanggar aksi kesupanan dan kem***n kamek duak tek eh, alu nya madah, "Sikda hal, ikhlas tok. Tanda timak kaseh ajak bah. Simpan jak!"

Nak kata banyak ya, sik juak. Tapi cukup lah mun meli minyak pakei pegi dari Kuching ke Betong. Alhamdulillah, rejekii..


Jadi, camya lah cita nya tek. Urang madah, rejeki jangan ditulak. Urang nulak rejeki ya seolah-olah sombong ngan rejeki. Sik kira lah rejeki ya dalam bentuk apa pun.


Sekian Berita.

Balit Betong

$
0
0


Lama dah tak muncul, rindu sangat2 kat ngkorang. Tapi sepanjang tempoh aku memencilkan diri tu, ada la skali skala ngabas blog2 member. Kekadang sempat gak bagi komen.
Ntah knapa aku rasa nak kelaker melayer pulak kali ni. Tapi takpa, selagi korang paham, layan je la k.

Lama tak buat entry bukannya apa, laptop sakit. Penyakit dia tak lah kritikal mana pun. Cuma lambat nak bawak 'hospital'. Lambat nak rawat. Last week laptop dah sembuh. Sembuh je laptop, tuan dia pulak kena 'demam 3 serangkai' (batuk, selsema n sakit tekak). Biasa lah, musim perubahan cuaca. Betul kata Dr. Fadhilah Kamsah, orang yang lahir bulan Januari ni, sihat tubuh badan secara keseluruhan, tapi mudah kena penyakit2 ringan macam demam. Alhamdulillah, skarang ni aku dah sihat, dan membesar secara normal.

Kalau nak ikutkan, memang banyak benda nak kongsi dgn korang ni. Tapi untuk kali ini, cukuplah aku interframe kan salah sekor haiwan sarkis aku.





Nama : Lai-Yin


Jantina : Female


Status : Janda beranak 4


Spesis : Pusak siam sik berapa nak jadi



Cuti skolah yang lepas, aku balik Betong, so sempat la bermanja dgn anak angkat aku yang sekor ni. Macam yang pernah aku bagitau sebelum ni, trade mark Lai-Yin ni pada mata. Sebelah warna biru, sebelah lagi kuning. Sumpah, aku tak penah pakaikan dia kontek-lens. Dah semulajadi macam tu. Cantik lagi menarik. So tak heran lah kalau dia selalu jadi perhatian kucing2 jiran.





Pandanglah, lihatlah.. mataku yang unik. Tokrang ada..??








Sekor lagi ibu mithali yang sentiasa menemani hampir setiap kali Lai-Yin menyusukan anak2 nya. "Kami sesama kaum ibu sentiasa memahami masalah masing2" katanya ketika ditemuramah.


Itu je la yang aku nak story kali ni. Lain hari aku sambung cerita lain pulak k. Salam...

Aduhai.., bekas Boss ku

$
0
0
Memandangkan dah takda idea nak post dlm entri, aku nak cita pasal pengalaman dulu2 lah. Kalau tak menarik pun, sekurang2nya untuk tatapan dan renungan je lah.

Kisah ni berlaku beberapa tahun yang lalu, masa tu aku kerja kat tempat lama, sebuah syarikat swasta somewhere kat Jln Keretapi. Tauke besar, Mr. Lim (bukan nama sebenar) memang baik sangat2. Tak pernah marah2. Bini dia Ms. Lim (pun bukan nama sebenar) incharge akaun n kewangan. Kitorang biasa panggil Madam. Dia ni pulak sedikit bengis dan agak 'gaok'. Tapi still dalam kategori baik.

Hari kedua aku kerja. Pagi tu Madam tak masuk ofis lagi. Hari tu ofis boy cuti emergency. Tengah aku belek2 n study fail2 (staf baru katakan..), tiba2 Mr Lim panggil. Memandangkan ofis boy cuti, dan aku pun takde keje penting nak dibuat, Mr. Lim minta aku pegi bank untuk bank in. Dia bagi rm300 dengan no akaun.

Aku pun tak banyak soal. Happy ada lah. Daripada aku terperap dalam opis, ok jugak skali skala pegi bank. Boleh tengok dunia luar. Boleh main tangkap2 ular. So aku pun pegi lah ke SCB sebelah McD dengan penuh konfidennya. Tapi bila nak bank in kat mesin, ada problem pulak dengan no akaun. So aku pun rujuk la dengan amoi kaunter. Amoi kaunter pun cek, pastu dia kata "No akaun ini tak cukup. Kulang (kurang) satu nombor. Tapi kalau saya tambah satu nombor di belakang, ia akan menjadi no akaun ini, Meta**** Sdn Bhd. Adakah akaun syarikat ini yang encik maksudkan?"

Aku terdiam kejap. Bos aku takda bagi nama Syarikat. Juz no akaun je. Macam mana la aku nak pastikan?

Aku pun call Mr. Lim untuk konfirm. Takut kalau ada apa2 mistake, tak pasal2 aku yang kena blame.

Aku call, dia pulak tak angkat. Call kali kedua, pun tak angkat. Kali ketiga pun sama. Last2 aku call pulak mem dia, si Madam. Dia kan jaga bab duit kompeni, mesti la dia lebih tahu.

Aku stori dari A sampai Z kat Madam. Madam dengar je.

"OK, macam ni. You jangan bank in dulu. U tunggu sana sampai I datang. Nanti U kasi itu wang sama no akaun sama saya, ok?"

Aku pun tunggu lah dalam bank tu. Tengah aku duduk2 sambil menikmati pemandangan indah dalam bank tu, bos aku Mr. Lim tetiba call. Dia tanya apasal aku call. Aku explain lah semua.

"Kalau Meta**** Sdn Bhd memang betul lah"

"Tapi, bos. Tadi I sudah call Madam. Dia kata jangan bank in dulu. Tunggu dia datang."

"Haiyaa.. Kenapa call Madam??"

"Tadi saya call Boss, tapi Boss tak angkat. So, saya call Madam. Dia jaga akaun, mungkin dia tahu"

"Ok, macam ni. U bank in sekarang. Lepas bank in, u buang resit. Jangan bagi resit atau no akaun pada sesiapa, termasuk isteri saya!"

Lepas bercakap dengan Mr. Lim, aku termenung lagi. Macam ada yang tak kena dengan suami isteri tu. Apa masalahnya dengan Meta**** Sdn Bhd? "Lepas bank in, u buang resit. Jangan bagi resit atau no akaun tu pada sesiapa, termasuk isteri saya!" Arahan itu yang membuatkan aku rasa pelik.

Seperti yang diminta, aku pun terus ke mesin untuk bank in. Tapi, selesai je bank in, aku dikejutkan oleh suara Madam. "U sudah bank in?" Katanya sambil kontrol ayu. Dia dah berdiri sebelah aku. Aku pulak tak sempat nak buang resit tu.

Belum pun sempat aku menjawab, dia bersuara lagi. "It s ok. Juz give me the resit".

Aku menjadi tergamam. "Tapi Madam..."

"I tahu. My husband tak benarkan u bagi resit tu pada I kan? Listen! Dalam kompeni, I yang incharge financial. So, apa2 yang berkenaan financial, u kena ikut arahan I, faham?"

"Madam, he is my boss. Ur husband is my boss.." Aku seperti nak mempertahankan Mr. Lim, walaupun pada hakikatnya aku dah tak tahu nak ikut arahan siapa.

"Oraite! He is our boss. But this thing is between me n my husband. U dont know what s going on. Juz give that resit laa.." Madam seperti berbisik walaupun dengan nada marah. Last2 aku bagi jugaklah resit tu kat madam.

Dalam perjalanan balik ofis, macam2 yang aku fikir. Baru kerja hari kedua, dah jumpa benda macam ni. Tapi aku tak kisah. Kalau kena fired pun tak kisah. Dah bukan rezeki, nak buat macam mana.

Sampai je ofis, Madam dah sampai dulu. Dia dgn Mr. Lim dalam bilik. Bincang ntah apa2 ntah. Aku terus duduk kat tempat aku. Masih lagi terfikir pasal peristiwa tadi. Staf2 lain tak perasan.

Setengah jam lepas tu, aku nampak Mr. Lim keluar dari bilik, menuju ke meja aku. Aku dah redi untuk diberi 'taklimat'.

"Next time, kalau I bagi arahan, u jangan refer dengan orang lain, k. Nanti berlaku konfius macam tadi. Tapi tak apa, kami sudah bincang dan masing2 sudah clear." Perlahan je suara Mr. Lim.

Haihh.. Ingatkan aku dah nak kena bom atom tadi. Whatever lah boss.. Pepatah Melayu kata, sekilas ikan di air, sudah ku tau jantan betina. Mengingatkan kembali kata2 Madam masa kat bank tadi, aku rasa ini bukan soal konfius biasa. Macam ada masalah rumahtangga je.

Next day, tengah aku sembang2 dengan staf2 lain termasuk ofis boy masa rehat, aku bukak la cita pasal kes bank in ni. Dia orang senyum2. "Benda macam ni biasa.. Boss kita tu ada skandal. Yang kau bank in atas nama Meta**** Sdn Bhd tu, itu lah dia". Kata Larry. Joe, budak ofis boy tu pulak rupanya banyak menyimpan rahsia Boss. Kira dah tahap arkib negara dah.

Hrmm.. Betul lah tekaan aku. Tapi takpa. Aku tak masuk campur. Yang penting, aku buat kerja, hujung bulan dapat gaji. That s all.

Wordless Wednesday, Thursday and Friday

$
0
0
Somewhere in Kuching.


Setinggan? Nope!!



Kubu Jepun? Pun bukan..




Rumah ngutik? Kali juak..




Yang pastinya, tempat tok ditutup daripada public. Kenak usu masuk? Saja jak. Sometimes we have to break the rule.

Tok lah bekas tapak shoplot nk angus rah Jalan Gambir 2 3 taun ya tek.

Boh tokrang gi sia. Sekda reta karun bah..







Mari Berpantun Edisi Ramadhan

$
0
0
Orang Johor shopping kat Melaka,
Sampai di Melaka panasnya terik,
Pemegang Mohor dah anounce puasa,
Bermulalah musim penyakit gastrik.

Pakai baju berlipat-lipat,
Seluar pula berkilat-kilat,
Langsir raya dah bertingkat-tingkat,
Ibadah Ramadhan yang tak meningkat-ningkat.

Kasim Selamat orangnya loded,
Siti Zubaidah memasang kabel,
Baju oversea kasut pun branded,
Zakat fitrah bila nak setel?

Negeri Sarawak aweknya cun cun,
Taknak beli terubok, beli je lah pasu,
Kreatifnya bebudak modified mercun,
Teringin ke nak pakai kaki palsu?

Anak zirafah bermain terup,
Bermain terup di tepi denai,
Bisnes kek lapis baru nak meletup,
Tauke Golden Churn pulak buat perangai.

Nak potong kobis pakailah pisau,
Lepas dipotong pegi lah cuci,
Yang dah order kek lapis, janganlah risau,
Tahun ni punya, dijamin suci.

Alangkah elok si kurma rotab,
Elok lah lagi si kurma ajmal,
Alangkah elok ko baca kitab,
daripada mengumpat tak tentu pasal.

Mintak bauhulu, sebijik pun cukuplah,
Aku nak bagi pada sang badak,
Setakat ni dulu, aku nak stop lah,
Puasa aku ni pun entah sempurna, entahkan tidak.

SEKIAN. SELAMAT BERSAHUR DAN 'BERSUNGKEI'
Viewing all 27 articles
Browse latest View live